Sabtu, 27 November 2010

Webhosting

Web Hosting adalah merupakan ruangan yang berada di server Internet kami berupa harddisk lengkap dengan fasilitas pengendalinya berupa Control Panel (Cpanel) bikinan cpanel.net. Sehingga anda dapat menempatkan dokumen-dokumen web Anda ( html, database, audio, video, dsb ) menjadi sebuah situs web yang dapat dikunjungi dari seluruh dunia.

Dalam webhosting ni pun terdapat ciri-ciri yang disediakan oleh webhosting provider yang perlu jugak kita semua ambil tahu. Antaranya ialah :

* Ruang Web - menggunakan ukuran dalam MB. Kita kene tahu saiz ruang yang diperlukan untuk blog atau website anda. Bergantung pada apa yang ada dalam blog atau website anda.
* Kadar Bandwidth sebulan - Merupakan jalan ke rumah anda. Makin besar bandwidth maka makin besar la jalan untuk ke rumah anda. Dengan kata lain besar bandwidth, ramailah orang akan melawati blog atau website anda. 1Gb dah mencukupi bagi kadar pengunjung bawah 3ribu orang dalam sebulan.
* PSP, ASP, CGI - merupakan bahasa pengaturcaraan. Jika bina website guna php maka perlu cari webhosting yang support bahasa pengaturcaraan itu.
* MySQL Access - Merupakan pangkalan data. Jika blog atau website kita perlukan database, maka adalah perlu mencari webhosting yang menyediakan pangkalan data tersebut.
* Frontpage Extension - Jika website anda dihasilkan dengan menggunakan perisian “Microsoft frontpage”, anda mungkin memerlukan ciri ini terdapat di dalam pakej webhosting anda.
* Control Panel - Ini adalah ciri penting untuk membolehkan anda mengawal dan mengaturkan(setting) akaun hosting anda. Dengan control panel, anda boleh menguruskan akaun anda dengan hanya menggunakan pelayar internet “browser”. Biasanya, anda akan diberikan “username” dan “password” untuk anda memasuki control panel anda. Antara fungsi control panel adalah seperti menghasilkan atau memadam akaun email.
* Support - Adalah ciri penting bagi membantu anda menghadapi apa-apa masalah yang anda hadapi di dalam menggunakan perkhidmatan webhosting tersebut.

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang ada dalam webhosting. Tapi ciri-ciri diatas merupakan ciri-ciri asas yang perlu ada dalam webhosting yang bakal disewa oleh kita. Banyak webhosting provider menyediakan pakej-pakej menarik, dan anda hanya perlu cari yang terbaik. Ada masa kita sambung lagi. Diharap info ini dapat membantu pada siapa yang tak paham lagi akan apa itu webhosting.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar